Polis Evo (2015)


Kisah Polis Evo bermula apabila seorang Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur iaitu Inspektor Khai (Shaheizy Sam) ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu.

Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal.

Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka. Berjayakah mereka melumpuhkan operasi pengedaran dadah tersebut? Dan apakah pengorbanan Inspektor Sani untuk menyelamatkan keluarganya?








Video By Geng Tube

Read More 0 Comment

Adnan Sempit Sawadikap (2014) DVDRip



Genre : Aksi, Komedi
Pengarah : Ismail Bob Hasim
Tarikh Tayangan : 7 Ogos 2014
Pelakon : Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Along Cham, Yana Samsudin

Sinopsis :
Adnan, Bobby, Nadia dan Wawa ke Bangkok untuk urusan perniagaan dan percutian yang singkat. Malangnya, Nadia dan Wawa telah kehilangan pasport mereka. Oleh itu, hanya Adnan dan Bobby perlu pergi ke Bangkok bersama-sama dengan bayi Adnan. Apabila tiba di Bangkok, keadaan menjadi huru hara apabila mereka kehilangan bayi setelah cuai menjaga bayi di lapangan terbang. Mereka menyangka bayi itu diculik untuk sindiket penyeludupan kanak-kanak. Mereka mula mencari di sekitar bandar dan terserempak dengan NOK, seorang wanita Thai yang membawa bayi kelihatan begitu mencurigakan. Adnan yakin Nok telah membawa bayi mereka dan mula mengejarnya. Malangnya Adnan mendapati bahawa ia bukan anaknya. Di manakah anak mereka?




Read More 0 Comment

Hantu Selfie (2014)

Hantu Selfie
Encoder : Anonymous
Bahasa : Bahasa Melayu
Sarikata : Tiada
Pelakon : Zizan Razak, Emma Maembong, Lia Natalia, Redza Rosli, Along Eyzendy, Mak Wan, Natasha Elyzza

Sinopsis:
Saleh, seorang jejaka muda yang gemar mengambil ‘selfie’dan memuat naiknya ke internet. Suata hari, dia tertangkap gambar hantu cantik bernama Emma. Emma mahu Saleh mencari pembunuhnya dan Saleh ingin Emma monolongnya untuk menambat hati gadis idamannya Tisha.

Hantu Selfie 2


Read More 0 Comment

Setia Hujung Nyawa Ep 016



Genre: Drama
Classification: U

Synopsis:

Drama Akasia – Isnin - Khamis Drama no. 1 di Tonton! Mengisahkan tentang dua jiwa yang disatukan disebabkan oleh desakan keluarga, yang mana Zain ditinggalkan tunangannya pada saat akhir majlis perkahwinan mereka, manakala Ersalina pula disatukan kerana ibunya mahu menutup kisahnya yang hamil sebelum berkahwin. Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Bermulalah konflik dan adakah Zain akan setia sehingga ke akhirnya?

Read More 0 Comment